UMNO atau PN: PAS akan beri keputusan muktamad dalam waktu terdekat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS akan memuktamadkan rakan kerjasama mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam waktu terdekat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dimaklumkan parti Islam berkenaan selepas pertemuan bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, malam tadi.

Muhyiddin berkata, PAS akan memaklumkan segera siapa rakan kerjasama mereka sama ada PN atau UMNO.

“Beliau (Abdul Hadi) menjelaskan, pertemuannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi tidak mencapai apa-apa keputusan. Dia beritahu dia jumpa lepas itu tidak ada apa-apa, katanya tidak ada hasil daripada pertemuan itu.

“Itu baiknya dia lapor pada saya, saya pun kalau jumpa sesiapa, kita lapor balik. Tidak ada benda yang kita sorok.

“Saya diberikan bayangan oleh Abdul Hadi bahawa kemungkinan PAS akan buat keputusan muktamad tentang hala tujunya dalam PN,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini.

Selain itu, ditanya mengenai hasrat PAS untuk mewujudkan perpaduan ummah antara UMNO dan PN, Muhyiddin berkata, hasrat itu baik namun, realitinya Bersatu tidak mungkin bekerjasama dengan UMNO.

Menurutnya, UMNO sendiri telah membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk tidak menerima Bersatu serta tidak mahu bekerjasama dengan parti itu.

“UMNO langsung tidak mahu kerjasama jadi kita terima itu sebagai satu kenyataan dan apabila hadapi PRU15 sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kita, kita akan tentang (lawan).

“Nak kata musuh tak musuh bukan musuh menentang agama, tapi politik dan nampaknya kita akan teruskan usaha kita,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat