Jika PAS dilema, pilihlah Umno – pilihan terbaik, kata Khairuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya PAS kini dibebani dilema memilih, parti Islam itu dinasihatkan memilih Umno- Barisan Nasional (BN) berbanding Perikatan Nasional (PN).

Nasihat itu disuarakan bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyatakan bahawa Umno adalah pilihan terbaik untuk PAS menjalin kerjasama.

“Jika PAS perlu membuat pilihan, maka pilihan terbaik ialah Umno yang mempunyai 3.4 juta ahli dan mempunyai jentera di seluruh kawasan Parlimen kecuali di Sarawak.

“Keahlian PAS baru sejuta, maka perlu berganding dengan keahlian Umno untuk membentuk kekuatan politik Islam Melayu,” kata Khairuddin kepada Suara.TV pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan, sekiranya PAS tidak boleh berunding kerusi dengan Umno tapi sekurang-kurangnya bekerjasama di kerusi kritikal yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

“Kalau tak boleh berunding kerusi, sekurang-kurang bekerjasama di kerusi kritikal yang dimenangi oleh PH sekarang.

“Setidak-tidaknya budaya matang dengan persaingan sihat penuh persaudaraan boleh diamalkan antara dua parti Islam Melayu yang bekerjasama dalam politik,” jelas beliau.

Khairuddin berkata demikian ketika ditanya pilihan terbaik buat PAS antara Umno-BN dan PN.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menegaskan, PAS kekal dengan pendirian bahawa musuh utama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), bukan Umno atau BN sebaliknya PH dan ini jelas bertentangan dengan seruan PN yang mengisytiharkan BN sebagai musuh.

Hashim malah mendesak hentikan sebarang serangan yang boleh memecahkan usaha penyatuan ummah.

Kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta pimpinan dan ahli PAS supaya akur dan wala’ kepada pendirian Mursyidul Am PAS.

Pun begitu, semalam Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun Muhyiddin tidak mendedahkan perincian perbincangan, sekadar memaklumkan banyak perkara dipersetujui untuk mengukuhkan PN menghadapi PRU-15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat