Kurang sokongan Melayu punca pembangkang guna naratif banjir – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebimbangan sebenar pembangkang ialah apabila pengundi Melayu yang mewakili populasi negara terbesar kurang berminat untuk menyokong gabungan tersebut ketika gendang pilihan raya dipalu Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membongkar mitos dan naratif banjir pembangkang.

Katanya pembangkang semakin hangat menggunakan isu banjir untuk mengelak pilihan raya umum diadakan.

Malah menurut Zahid, ada juga segelintir anggota kerajaan terpengaruh dengan dakyah ini tanpa menilai perspektif yang meluas.

“Pakatan Harapan (PH) hampir menemui jalan buntu dan tidak mempunyai pilihan selain memerlukan lebih banyak masa. Dengan kata lain, PH cuba “membeli masa” untuk melengahkan pilihan raya umum diadakan.

“Malah menurut sumber portal Malaysianow pemimpin gabungan itu diberitahu agar membangkitkan isu seperti bencana banjir dan kenaikan inflasi dengan harapan elak sebarang langkah pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Malah portal tersebut menyatakan beberapa badan pemikir ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan mengenai sentimen pengundi terhadap PH dan dijemput membentangkan penemuan mereka.

“Daripada pembentangan data daripada tinjauan berasingan tersebut didapati penemuan utama ialah sokongan Melayu terhadap PH berada pada tahap paling rendah,” dedah Zahid.

Presiden Umno itu juga memberitahu,
tinjauan tersebut mendapati PH tidak akan mendapat lebih daripada 15 peratus undi Melayu pada PRU-15 jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

“Dengan kata lain, keputusan PRU-15 tidak akan memihak PH disebabkan undi Melayu akan beralih arah kerana pemulihan dan kebangkitan Umno.

“Yang paling aneh tidak pula dibentangkan fakta mengenai banjir dan strategi untuk menyantuni rakyat ketika banjir melanda.

“Tidak pula dibentangkan strategi menangani inflasi untuk Malaysia yang kini melanda seluruh dunia. Sebaliknya pembangkang hanya lebih berminat untuk cuba memikirkan strategi untuk menang PRU daripada memikirkan masalah rakyat dalam pemukiman tersebut,” katanya.

Hal demikiann menurut Zahid, ini menunjukkan sikap sebenar pembangkang.

“Yang anehnya terdapat sekutu bersama Umno masih lagi terpedaya dengan dakyah pembangkang tersebut.

“Atau mereka sebenarnya ada motif mereka sendiri yang mereka sendiri untuk melengahkan pilihan raya umum sebelum musim tengkujuh bermula.

“Saya akan perincikan lagi mitos dan dakyah naratif musuh politik kita dalam masa terdekat,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat