Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun, Juhar Mahiruddin.

Pertemuan setengah jam di Istana Negeri Sabah masih gagal menemukan titik penyelesaian bagi menamakan seorang Ketua Menteri daripada GRS.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu media bahawa Tuan Yang Terutama meminta suatu tempoh untuk membuat keputusan dan akan memuktamadkan dalam tempoh segera.

“Tuan Yang Terutama minta tempoh… dalam tempoh terdekat,” kata Adun Lamag di pekarangan Istana Negeri, di sini, hari ini.

Perkara sama turut dimaklumkan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim menyerahkan lantikan Ketua Menteri kepada kebijaksanaan Tuan Yang Terutama.

Nampaknya drama pemilihan Ketua Menteri Sabah sukar ditamatkan dengan mudah memandangkan sekutu GRS tidak mengalah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat