KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 akhirnya akan memisahkan si kaya di bandar bandar manakala yang miskin tersisih di pinggirannya.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo berkata, RUU ini dibuat berasaskan pengalaman negara jiran, Singapura menyusun semula pembangunan bandarnya.
“Kesan buruk jika undang-undang ini jika dilaksanakan dapat kita pelajari daripada apa yg berlaku di negara tersebut. Negara sekecil Singapura berjaya memisahkan antara rakyatnya di antara yang kaya dan yang miskin, perkara ini menimbulkan rasa kecewa dikalangan rakyat miskin di Singapura.
“Persoalannya adakah kita akan mahu menghadapi persoalan yang sama di negara kita? Adakah kita sudah tidak mampu fikir untuk membangun negara kita dgn acuan kita sendiri? soal beliau.
Khir membangkitkan persoalan, adakah kita terdesak untuk undang undang ini dan melaksanakannya secepat yang boleh?
“Sudah buta hatikah semua pak menteri kita, hinggakan seperti lembu dicucuk hidung oleh Nga Kor Ming?
“Sudah pekakkah semua pak menteri kita atau telinga mereka sudah disumbat padat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan falsafah songsang nya?
“Sombong benar kalian di atas, teruskanlah menjadi pak turut DAP.
“Banggalah kalian jadi kuda tunggangan mereka mereka yang ingin merobek-robek sistem bermasyarakat yang kita hidup,tinggal bersama tanpa ada pemisah di antara kaya dan miskin,” bidas beliau.
Ujar Khir lagi, pepatah Melayu mengatakan enggang dengan enggang dan pipit dgn pipit tidak boleh kita izinkan berlaku di negara kita.
“Kerana nila setitik rosak santan sebelanga, kerana adanya orang miskin menyebabkan rosak nilai hartanah di bandar tidak boleh kita terima pakai dinegara kita,” katanya.



