RUU URA: Apa yang penting, teruskan penentangan! – Fadhli

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari menjangkakan perjalanan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 tidak selancar yang diharapkan kerajaan.

Hal ini kata Ketua Penerangan Pas itu, RUU URA mendapat tentangan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya menjangka kerajaan tidak akan bentang esok susulan tentangan kuat pelbagai lapisan masyarakat.

“Atau paling tidak, bentang tapi tiada pengundian. Alasan biasa yang akan digunakan ialah ‘kesuntukan masa’.

“Apa yang penting, teruskan penentangan! seru wakil rakyat Pas itu.

Kerajaan tetap meneruskan pembentangan bacaan kali kedua RUU URA di Parlimen pada Khamis ini walaupun terdapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen pembangkang.

RUU URA itu dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming selepas bacaan kali pertama dibentangkan pada 21 Ogos lalu selepas melalui beberapa peringkat seperti draf akhir ke Pesuruhjaya Undang-undang (AGC), Jemaah Menteri dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat