‘Berani kerana benar’ – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hari ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan apabila didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

“Saya telah didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini. Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

“Saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga saya akan mendapat keadilan di mahkamah.

“Saya juga mengharapkan doa dan sokongan daripada anda semua. Sesungguhnya Allah SWT bersama-sama hamba-hamba-Nya yang bersabar.

“”BERANI KERANA BENAR” kata Presiden Bersatu itu dalam kenyataan pada Selasa.

Muhyiddin telah disiasat oleh polis selepas laporan dibuat berhubung video tular semasa tempoh kempen di Nenggiri itu.

Dalam video tersebut, Muhyiddin, yang berucap di sebuah ceramah di Felda Perasu pada 15 Ogos, dilihat seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap bekas Perdana Menteri itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat