“Saya mempunyai darah India, tapi Melayu” – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak pernah malu mengakui dirinya mempunyai darah India.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan fakta berkenaan tidak bermakna beliau bukan Melayu. Bapa saya dilahirkan dan didaftar sebagai orang Melayu dari Malaysia.

Saya tidak malu untuk menyatakan saya mempunyai darah India tetapi itu tidak bermakna saya bukan Melayu, katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, sama ada beliau malu untuk dikaitkan berketurunan dari selatan India.

Mahathir berkata beliau tidak pasti sama ada datuk atau moyangnya yang berasal dari Kerala kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan secara serius dalam keluarganya.

Terdahulu, Mahathir menegaskan bahawa pertikaian yang menjadi asas samannya adalah ucapan Zahid yang antara lain menyatakan beliau ialah ‘Mahathir a/l (anak lelaki) Iskandar Kutty’.

“Apa yang saya katakan, Zahid menggambarkan bahawa saya menipu apabila mengatakan nama saya ialah Mahathir bin Mohamad dan bukannya Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Ia bukan sama ada Mahathir nama muslim atau tidak tetapi nama yang dia (Zahid) gunakan bukan nama sebenar dan saya tidak menipu apabila saya kata nama saya Mahathir Mohamad, katanya.

Ditanya tentang buku ‘Mahathir: The Malaysian Maverick’ oleh Barry Wain yang antaranya menyebut bapa beliau bernama ‘Mohamad Iskandar Kutty’ dan berasal dari Jawi Peranakan, Mahathir berkata fakta tersebut adalah salah.

Gambar yang digunakan untuk menunjukkan bapanya juga salah, tambahnya.

Bagaimanapun, ketika disoal kenapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap penulis buku itu, Mahathir menjawab: Dia tidak penting.

Pada 20 Julai 2022, Mahathir selaku plaintif memfailkan saman menamakan Zahid, 71, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah, dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepadanya ketika mesyuarat Umno Kelana Jaya, pada 30 Julai 2017.

Beliau mendakwa Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci oleh masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Perbicaraan yang didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Gan Tenchiong bersambung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat