Arkitek Masjid Negara meninggal dunia pada usia 95 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Arkitek utama Masjid Negara, Datuk Baharuddin Abu Kassim telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun, hari ini.

Berita duka pemergian Allahyarham itu dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum menerusi Facebook pada Selasa.

“Kita kehilangan seorang tokoh yang disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim.

“Beliau seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya membentuk struktur alam bina kita,” katanya.

Menurut Sarly, visi dan dedikasi beliau antaranya diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara dan akan sentiasa memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut berdoa agar ALLAH SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menempuhi kehilangan berkenaan.

Pembinaan Masjid Negara bermula pada tahun 1963 dilaksanakan oleh tiga arkitek daripada Bahagian Rekabentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan.
Rumah ibadat umat Islam itu dibina atas tanah yang berkeluasan 5.2 hektar dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat