Hasil bumi NR- REE tetap milik negeri, PM hanya mahu ia diurus dengan cekap dan menguntungkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi jaminan bahawa hasil perlombongan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) akan kekal menjadi hak kerajaan negeri.

Ini berikutan sebelum ini terdapat cadangan penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat pusat untuk bertindak sebagai pengawal selia perlombongan NR-REE di negara ini.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia berpandukan Perlembagaan Malaysia apabila perlombongan mineral termasuk NR-REE selain minyak dan gas (OnG) terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan pusat berperanan terhadap rangkaian industri mineral NR-REE terutama apabila ianya membabitkan hal eksport; selain penyelidikan dan pembangunan (RnD) hasil mineral itu.

“Sebagaimana Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) hasratkan supaya kita tidak hanya gali dan jual bahan (NR-REE) mentah.

“Tapi kita hendak ia macam dalam industri minyak (apabila) kita gali dan kita juga proses di negara kita yang menjadikan kita dapat nilai itu (keuntungan) di negara kita.

“Kita bergerak mengikut kerangka Perlembagaan yang mana mineral selain OnG, terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Cuma kita hendak bangunkan satu rangkaian industri yang lengkap dan bila ianya dieksport itu membabitkan kuasa kerajaan persekutuan,” katanya lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang akhbar berhubung aduan pencemaran bau dan udara di Simpang Pulai, di Ipoh pada Selasa.

Nik Nazmi mengulas kebimbangan pernah disuarakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa kerajaan Perak serta negeri lain apabila hasil perlombongan NR-REE akan dikawal oleh Kerajaan Pusat.

Katanya, kerajaan tiada rancangan membenarkan GLC memiliki dan menguasai hak hasil perlombongan mineral setakat ini.

“Yang kita ada hanya kita sudah luluskan prosedur operasi standard (SOP) untuk NR-REE,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat