Wan Rosdy desak pihak berkuasa siasat Memo Dalaman kes Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mendesak pihak berkuasa untuk melakukan siasatan segera kesasihan dokumen tular yang didakwa sebagai ‘Memo Dalaman’ Jabatan Peguam Negara (AGC) oleh pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Jelas beliau, siasatan ini amat wajar kerana boleh menggugat kredibiliti serta imej sistem perundangan dan kehakiman negara serta boleh memberi kesan keyakinan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Katanya lagu, Memo Dalaman yang tular tersebut menyentuh 6 pertuduhan terhadap Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bags mendapatkan kes prima facie.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan wujudnya Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 September 2019, yang menyentuh 6 pertuduhan terhadap Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah.

“Siasatan ini amat penting kerana dikatakan antara intipati utama memo tersebut adalah berkenaan cadangan dari pasukan pendakwaan IPIC kepada Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu, yang sebulat suara berpendirian bahawa 6 pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bags mendapatkan kes prima facie

“Demi menjunjung kedaulatan undang-undang dan memastikan sistem perundangan kekal berintegriti dan diyakini, adalah mustahak agar perhatian serius diberikan oleh pihak Peguam Negara terhadap perkara ini,”kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya pada Ahad.

Terdahulu, sebuah dokumen yang didakwa ‘Memo Dalaman’ Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan IPIC setebal 12 muka surat bertarikh 10 September 2019 menyentuh berkenaan dengan enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan Mohd. Irwan.

Isi kandungan dokumen yang tular tersebut berbentuk rekomendasi dari pasukan pendakwaan IPIC yang didakwa ditujukan kepada Tan Sri Tommy Thomas selaku Peguam Negara ketika itu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat