Kerajaan tidak akan kenakan tahap tinggi penyasaran subsidi RON95, majoriti rakyat tak kena impak – Menteri Kewangan II

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – kerajaan akan meneruskan penyasaran subsidi petrol RON95 tahun ini, namun akan dilakukan secara berperingkat dengan mengambil kira mekanisme paling sesuai bagi mengelak beban kepada rakyat.

Membreritahu perkembangan terbaru itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu buat masa ini kerajaan masih mereka bentuk penyasaran yang sesuai untuk dibentangkan di Kabinet.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menyatakan bahawa subsidi bersasar untuk RON95 akan dilaksanakan tahun ini juga.

“Tetapi seperti mana pendekatan yang diambil terhadap diesel, kita perlu pastikan mekanisme pelaksanaannya betul dan tidak membebankan rakyat.

“Kerajaan masih dalam proses mereka bentuk sistem penyasaran yang sesuai dan akan membentangkannya kepada Jemaah Menteri apabila siap sepenuhnya.

“Namun dari segi dasarnya, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan mengenakan tahap yang tinggi, kami ingin memastikan kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan terkena impak (penyasaran) RON95 ini,” katanya selepas merasmikan peluncuran insiitiaf Belanjawan 2025 kendalian SME Bank, lapor BH pada Khamis.

Anwar minggu lalu dilaporkan berkata rancangan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan diteruskan seperti yang dirancangkan.

Perdana Menteri mengulangi bahawa pelaksanaan subsidi bersasar RON95 tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat.

Menurutnya, terdapat banyak kempen negatif mengenai RON95 dan menjelaskan apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah gimik yang menunjukkan bahawa rakyat sedang mengalami kesusahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat