Kes COVID-19 Thailand Lepasi 500,000

- Advertisement -

BANGKOK: Kes COVID-19 Thailand melepasi angka 500,000 selepas 15,376 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, mengumpul jumlah keseluruhan sebanyak 512,678.

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatat 87 kematian menjadikan korban keseluruhan seramai 4,146 sejak virus mula dikesan di negara itu Januari tahun lalu.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata kes baharu itu melibatkan 15,362 jangkitan tempatan dan 14 kes import. Jumlah itu termasuk 1,041 banduan.

Beliau berkata kematian baharu melibatkan 52 lelaki dan 35 wanita berusia antara 28 hingga 96 tahun, 83 adalah rakyat tempatan dan empat warga Myanmar.

“Kematian baharu termasuk lima yang meninggal dunia di rumah,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Walaupun terdapat peningkatan kes jangkitan, pihak berkuasa kesihatan menjangkakan jangkitan mungkin menurun dalam tempoh empat hingga enam minggu lagi di Bangkok.

Menurut Pengarah Bahagian Epidemiologi di Jabatan Kawalan Penyakit Dr Chakkarat Pittayawong-anont pula keadaan COVID-19 di ibu negara itu akan bertambah baik secara beransur-ansur.

“Walaupun terdapat peningkatan kes baharu, kadar suntikan vaksin di ibu negara kini sekitar 50 peratus,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat