Hishammuddin Mula Tugas Jurucakap PKP Dengan Laporan Lebih Jelas dan Menarik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memulakan tugas baru sebagai Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini dipuji kerana mengumumkan penguatkuasaan serta SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) menerusi laporan lebih jelas dengan info grafik menarik.

Dalam kenyataan, Hishammuddin memaklumkan lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD bermula 29 Julai hingga 11 Ogos seperti berikut:

Sabah

  • Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 & 3. Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia danTaman Putera Jaya di Kota Kinabalu.
  • Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon di Penampang.
  • Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna di Beaufort.
  • Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah di Tawau.
  • Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan.

Johor

  • Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang,
    Kampung Pertanian & Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai.

Sarawak

  • Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air di Bahagian Kuching.

Kelantan

  • Ladang Kerilla, Tanah Merah

Pahang

  • Felda Jengka 7, Maran.

Penamatan PKPD pada 28 Julai

  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan, dan Kampung Telaga & Kampung Pituru, Pitas Sabah
  • Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang
  • Kampung Jagoi Duyoh, Bau, Kuching, Sarawak
  • Taman Samudera, Mukim Batu, Gombak, Selangor

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, 465 orang ditahan kerana ingkar SOP dengan 438 daripadanya dikompaun dan 27 lagi direman.

Katanya, 60 premis membabitkan 12 kilang dan 40 premis perniagaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Beliau memaklumkan seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan empat kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat