Caprice Terkilan Kata Dirinya ‘Kurang Siuman’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktivis dan penyanyi rap, Caprice terkilan dengan segelintir pihak yang mendakwanya kurang siuman.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 33, sebaliknya menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dirinya dalam keadaan paling tenang.

“Alhamdulillah Malaysia, saya okay. Saya sangat tenang sejak lima hari yang lalu. Saya sedar kesilapan saya ketika beremosi. Saya sentiasa berzikir, membaca buku The Fortress Of The Muslim dan sekurang-kurangnya satu bab berkenaan kehidupan Nabi Muhammad SAW.

“Semua ini untuk mengingatkan diri tentang tujuan saya ke sini dan Insya-Allah saya akan okay. Alhamdulillah, saya okay,” katanya di Instastory.

Dalam muat naik yang sama, Caprice mengucapkan terima kasih buat individu-individu yang prihatin dengan keadaannya dan sentiasa menyokongnya.

“Setiap hari saya akan rujuk satu atau dua orang ustaz dari Malaysia tentang perasaan, apa yang saya lalui dan perancangan saya. Saya juga berkongsi semuanya dengan dengan rakan kongsi dan ibu saya.

Alhamdulillah tiada siapa yang panggil saya gila dan mereka menasihatkan saya agar teruskan misi. Tiada yang mengarahkan saya pulang ke Malaysia.

“Jadi Malaysia, saya okay. Terima kasih atas keprihatinan anda. Yang sindir, maki dan caci saya, Insya-Allah kebenaran akan terungkai dengan sendirinya. Tiada apa yang ingin saya sembunyikan. Saya okay dan tenang,” tambahnya lagi.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat