COVID-19 : Kes Positif Meningkat, Bilangan Kes Serius Adalah Kecil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serius dan komited melaksanakan pelbagai perancangan dan tindakan dalam memberi keutamanan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup

Biarpun kes Covid-19 menunjukkan peningkatan, jelas Menterinya Datuk Seri Dr.Adham Baba bahawa bilangan kes yang tergolong dalam kategori 3,4 dan 5 adalah kecil berbanding dengan keseluruhan kes.

“Walaupun bilangan kes positif covid-19 agak tinggi, namun bilangan kes serius yang tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5 berdasarkan keadaan klinikal semasa baharu di diagnosis adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan kes.

“Sebagai contoh semalam 26 Julai jumlah kes harian adalah 14,516 kes yang mana kes kategori 3, 4 dan 5 sekitar 2.5 peratus”, ujarnya

Dalam pada itu Dr.Adham memaklumkan dalam Sidang Khas Dewan rakyat, sehingga kini sebanyak 221 hospital di seluruh negara dikhususkan bagi rawatan pesakit Covid-19.

Selain itu jelasnya sehingga hari ini terdapat 51 makmal ditubuhkan dibawah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Manakala 43 makmal swasta yang mempunyai kapasiti untuk menjalankan ujian RT-PCR, SARS-COV2 di seluruh negara dengan kapisiti ujian sebanyak 122,603 ujian sehari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat