‘Sakit hati’ baca skrip

- Advertisement -

BAGI peminat drama Korea di tanah air, semestinya karya yang menjadi sebutan dan menarik perhatian penonton ketika ini adalah It’s Okay, Not to Be Okay.

Drama 16 episod arahan Park Shin-woo yang disiarkan sejak Jun lalu itu, dibintangi dua pelakon utamanya yang popular pada masa kini iaitu Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji. Apatah lagi, gandingan kedua-dua figura ini sangat dikagumi.

Mengulas karakter Moon Gang-tae dilakonkan, Kim Soo-hyun berkata, ia adalah watak yang memerlukan dia nampak sebagai lelaki yang tabah serta cekal pada luaran.

“Bagaimanapun, keadaan sebenar sebaliknya apabila Gang-tae sangat lemah daripada orang lain apabila dia tinggal bersendirian.

“Kisah hidup Gang-tae agak memilukan. Jadi, harapnya semoga penonton dapat merasai semua itu terutama dalam usaha Gang-tae merawat luka di hati,” katanya.

Berkongsi keterujaan melakonkan watak itu, Kim Soo-hyun berkata, sebaik dia mendapat skrip dan membacanya, hati terus jadi sakit. Katanya, ia seakan satu cabaran yang harus diambil dan tak boleh dilepaskan.

“Memang hati saya sangat sakit apabila membaca skripnya. Ia umpama satu tamparan besar pada diri kerana jalan cerita digarap dalam drama It’s Okay, Not to Be Okay sangat menarik.

“Saya dapati ada pelbagai watak diketengahkan dan boleh dikata semuanya mempunyai jalan cerita yang berbeza, dan banyak kisah cinta.

“Apa pun, drama ini cukup dekat dengan realiti kehidupan masyarakat. Oleh itu, saya percaya penonton pasti dapat merasai pergolakan emosi setiap watak,” katanya.

KIM enggan mendabik dada, masih banyak lagi pengalaman perlu ditimba.
KIM enggan mendabik dada, masih banyak lagi pengalaman perlu ditimba.

Kim Soo-hyun yang berusia 32 tahun, kini sangat menarik perhatian peminat wanita. Meskipun, raut wajahnya kelihatan serius tetapi dia seorang yang begitu merendah diri.

Pesona dan aura seorang selebriti yang dimiliki Kim Soo-hyun juga menjadi bualan ramai. Ditambah, kejayaan drama It’s Okay, Not to Be Okay sangat membantu mengukuhkan nama serta bakatnya.

Ditambah, gandingan yang mantap dan serasi dengan Seo Ye-ji membuatkan penonton sentiasa tertunggu-tunggu kisah cinta mereka dalam drama terbaik ini.

Ternyata juga, drama It’s Okay, Not to Be Okay tak jemu ditonton. Setiap pelakon yang terbabit dalam drama ini berjaya melakonkan watak mereka dengan baik dan berkesan.

Justeru, tidak hairan apabila rating tontonan drama yang disiarkan saluran tvN ini melonjak tinggi setiap minggu. Begitu juga penyiarannya di Netflix.

Apapun, menariknya drama ini kerana berkaitan rapat dengan kisah kehidupan. Nyata, dalam hidup manusia itu harus saling melengkapi dan diperkukuh dengan cinta serta kasih sayang.

Hormati setiap watak

Memulakan langkah dalam kerjaya seni pada 2007, siapa sangka Kim Soo-hyun sudah berjuang lebih sedekad memahat nama dan bakatnya.

Masih lagi berasa banyak pengalaman perlu ditimba, Kim Soo-hyun enggan mendabik dada dan mudah berasa selesa dengan pencapaian dimiliki.

Baginya, apapun kejayaan sesebuah drama itu bergantung dengan kerjasama setiap watak yang saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain.

“Watak utama dan pembantu harus saling seiring. Justeru, dalam soal ini saya selesa membuat perbincangan dengan pelakon lain.

“Perkongsian idea penting di antara sesama pelakon serta pengarah. Apa pun, saya sangat berterima kasih kepada penonton drama It’s Okay, Not to Be Okay kerana sudah terhibur,” katanya.

Sehubungan itu, dengan kejayaan drama lakonannya dan populariti diri, nama Kim Soo-hyun turut disebut-sebut bakal bersaing rapat dengan Hyun Bin dan Lee Min-ho sebagai pelakon yang mendapat bayaran tertinggi untuk tahun ini.

Malah, dengan sambutan hebat drama It’s Okay, Not to Be Okay juga dilihat berkemungkinan mampu menandingi siri lain seperti Crash Landing on You lakonan Hyun Bin dan The King: Eternal Monarch (Lee Min-ho).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat