30 nama diserah kepada menteri

- Advertisement -

CADANGAN dan usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memberi peluang kepada penyanyi nasyid untuk bertugas sebagai Bilal Rawatib di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan memberi khabar gembira buat penyanyi nasyid tanah air.

Pengumuman yang dibuat pada Jun lalu itu sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjaya penyanyi nasyid tanah air apabila ramai antara mereka terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 terutama dari segi pendapatan.

Apatah lagi, kebanyakannya bekerja secara sepenuh masa dalam industri muzik nasyid yang akhirnya terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kelangsungan hidup bersama keluarga masing-masing.

Bagi peringkat permulaan sebanyak 20 hingga 30 kekosongan disediakan Zulkifli untuk memberi peluang kepada penyanyi nasyid yang hilang mata pencarian akibat Covid-19.

Pengerusi Biro Dakwah & Tarbiyah Munsyid Malaysia, Muhammad Hazamin Harun berkata, pihaknya sudah menghantar semua permohonan untuk diproses kepada Zulkifli pada satu pertemuan yang diadakan bersama Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), baru-baru ini.

Hazamin yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, dia berharap usaha sama turut dibuka di negeri lain bagi memberi peluang kepada anggota Munsyid yang berada di luar Wilayah Persekutuan.

“Alhamdulillah, kita menerima 30 permohonan dan sudah menyerahkan serahkan semua nama kepada Zulkifli dalam pertemuan beberapa minggu lalu. Dia ambil maklum nama itu untuk diproses.

“Saya secara peribadi melihat peluang diberikan menteri terhadap Munsyid melambangkan keprihatinan beliau terhadap nasib penggiat seni terutama penyanyi nasyid.

“Alhamdulillah, itu juga memberi kepercayaan kami yang mana ramai juga penyanyi nasyid terdiri daripada lepasan pengajian agama, syariah dan sebagainya,” katanya.

Dalam masa sama, Hazamin berharap pihak Jabatan Agama Islam negeri lain dapat membuka peluang Munsyid untuk memohon jawatan Imam Rawatib bagi yang layak.

“Mungkin yang ada kelulusan dalam bidang agama dari Universiti Al Azhar, Mesir atau bidang pengajian al-Quran dan sebagainya. Mereka yang berkelulusan ini juga ramai berada dalam Munsyid.

Empat penyanyi nasyid yang memohon jawatan itu ialah bekas anggota Raihan, Afad, anggota kumpulan Simfoni, Ahmad Ifham Solhi Tagor, Usamah Kamal dan anggota kumpulan Rabithah, Mohd Ayman.

Sementara itu, pendakwah terkenal, Mohamed Hanafiah Abdul Malek menyifatkan tawaran Bilal Rawatib yang diberikan kepada penyanyi nasyid untuk bertugas di masjid atau surau Wilayah Persekutuan sebagai satu pendekatan yang baik.

Hanafiah yang juga mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, tawaran kerjaya yang dipersetujui oleh menteri itu amat sesuai dengan penyanyi nasyid kerana mereka mempunyai kelebihan melaungkan azan dengan merdu.

“Amat sesuai sebab nak jadi penyanyi nasyid mereka perlu mahir dalam ilmu bahasa arab, tajwid serta nahu (tatabahasa Arab).

“Lagipun tawaran Bilal Rawatib yang diberikan kepada penyanyi nasyid sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah pendapatan kerana ada dalam kalangan mereka berada dalam kedudukan yang tidak begitu baik dari sudut ekonomi,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat