Kek ulang tahun berwajah mak nyah tular

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ruhainies terkejut apabila kek sambutan hari lahir yang ke-27 dihadiahkan oleh peminat istimewanya, Syauki Khozaid menjadi tular.

Kek berbentuk wajah wanita itu dikatakan menyamai mak nyah terkenal di Thailand mencuri tumpuan netizen saat dikongsi Ruhainies di laman Instagram (IG).

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, ia mencuit hatinya dan sedikit pun tidak terasa hati.

“Awalnya, saya tak jangka kek ini akan tular hingga dikaitkan menyamai wajah mak nyah. Saya sendiri baru tahu mengenai kewujudan mak nyah yang dimaksudkan.

“Namun, saya menghargai usaha peminat membuat kek pada saat akhir. Malah, Syauki ada menghantar mesej langsung di IG memohon maaf apabila ia menjadi tular. Syauki beritahu akan membuat kek lebih baik jika ada masa panjang.

“Saya tak terasa hati, malah anggap ia hanya usikan netizen. Ada sahaja pada pandangan mata, lagi pun kek berkenaan bukan berwajah saya. Peminat hanya menyediakan kek berwajah seorang wanita. Apa yang penting, biarpun kek ‘dikecam’ rasanya sangat sedap dan habis dimakan,” katanya kepada BH Online.

Ruhainies berkata, dia tersentuh dengan usaha peminat seramai 20 orang berusaha melakukan kejutan hari lahir di Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Kek berbentuk wajah mak nyah Thailand begitu mencuit hati Ruhainies, sedikit pun tidak terasa hati, malah bersyukur peminat mengadakan kejutan sempena hari lahirnya. - Foto IG Ruhainies
Kek berbentuk wajah mak nyah Thailand begitu mencuit hati Ruhainies, sedikit pun tidak terasa hati, malah bersyukur peminat mengadakan kejutan sempena hari lahirnya. – Foto IG Ruhainies

“Saya berada di Pulau Pinang kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Itupun selepas saya berjaya melunaskan kerja penggambaran lebih awal.

“Tak sangka ada peminat sudi membuat kejutan dan menyambut hari lahir saya lebih awal. Mereka datang ke hotel penginapan untuk membuat persiapan dan dekorasi,” katanya yang meraikan ulang tahun ke-27 pada hari ini.

Pelakon yang menempa populariti menerusi drama Hello, Mr Perfect itu turut meraikan sambutan ulang tahunnya di Pulau Langkawi bersama keluarga tersayang.

“Sambil bercuti di Pulau Langkawi, saya sambut hari lahir sekali. Setakat ini, saya selesa menikmati kehidupan sebegini biarpun berjauhan dengan buah hati.

“Soal kahwin, seperti yang saya beritahu, kena tunggu Nur Risteena Munim nikah dahulu,” katanya.

Ruhainies berkata, dia akan memulakan penggambaran drama 13 episod berjudul Lelaki Lingkuhan Tuhan terbitan Zeel Production arahan Pyan Screw, Ogos depan.

Drama yang diterajui Naim Daniel dan Shasha Abdul akan bersiaran selepas tamat siaran Kampung People 2.

BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat