Nikki pendam rasa 10 tahun

- Advertisement -

PETALING JAYA: Sepuluh tahun pendam rasa.

Begitulah lamanya penyanyi, Nikki Palikat mengawal emosi sejak mula merasakan dirinya tidak serasi hidup bersama bekas suami, komposer, Audi Mok, yang dikahwini pada 2009.

Mendakwa rasa tidak bahagia terpaksa dipendam demi kebaikan anak, Liam Mok yang bakal menjengah usia 12 tahun, Oktober depan, Nikki, 36, meletakkan faktor berkahwin pada usia muda sebagai antara punca keretakan rumah tangga.

“Mungkin disebabkan saya berkahwin pada usia muda. Jadi, saya tidak kenal diri sendiri. Dalam perjalanan (perkahwinan) itu, banyak percanggahan berlaku yang membuatkan saya rasa tidak serasi.

“Sebenarnya, saya pendam perasaan ini lebih 10 tahun dan saya cuba perbaiki keadaan. Tetapi apabila sudah tiada keserasian, tiada gunanya.

“Banyak kali kami hadiri sesi kaunseling. Apabila kaunselor kenal kami dengan lebih dekat, dia jadi takut hendak beritahu tahap persefahaman kami rendah.

“Tetapi, apabila kami meluangkan masa sebagai kawan, kami sangat bagus. Cuma sebagai suami isteri, kami tidak serasi. Jadi, kami tidak boleh tipu diri sendiri,” katanya pada sidang media mengumumkan perceraiannya yang turut dihadiri Audi di sini, hari ini.

Nikki yang pernah menyertai musim pertama program realiti, Malaysian Idol pada 2004 dan popular dengan lagu Caramu, bertemu jodoh dengan Audi pada 27 Jun 2009.

Nikki berkata, pendedahan mengenai perceraian itu dibuat sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13.

“Saya umumkan sudah bercerai. Perkara sangat susah untuk saya kongsi, tetapi, saya fikir, sudah tiba masanya.

“Saya emosional kerana kerana hari ini adalah ulang tahun perkahwinan kami ke-13. Jadi, saya umum hari ni kerana saya tak mahu jadikan tarikh ini sebagai peristiwa hitam dalam hidup.

“Saya mahu tarikh ini jadi tarikh gembira dan yang membuatkan melangkah ke hadapan. Sebenarnya, perkara ini berlaku ketika pandemik… Ia menyakitkan di mana saya cuba padam.

“Saya pun tak mahu tipu sesiapa. Saya mahu melangkah ke hadapan, jadi lebih baik berterus terang. Bukan mudah untuk saya cerita, biar saya cerita perkara ini sekali, lepas ini tidak lagi,” katanya.

Tambah Nikki, mereka bercerai, Mac tahun lalu.

Ditanya sama ada single Sudah ada kena mengena dengan kisah hidup sebagai bekas isteri Mok, Nikki mengiyakan.

Nikki mahu menyanyikan lagu itu kerana liriknya sangat dekat dengan kehidupannya.

“Sebenarnya, apabila ditawarkan menyanyikan lagu itu, saya ragu-ragu. Tetapi lagu ini berkait rapat dengan hidup saya. Ia menggambarkan kisah hidup saya sendiri.

“Jadi, saya mahu menyanyikan lagu itu,” katanya.

Bertanya mengenai hak penjagaan anak, Nikki berkata, Liam bebas memilih untuk menetap bersama bapa atau dirinya.

“Hak penjagaan diletakkan pada kami berdua. Terpulang kepada anak saya hendak ikut siapa. Ssaya tak mahu dia rasa terikat.

“Namun, saya rasa dia lebih selesa dengan bapanya kerana masing-masing suka muzik dan komputer,” katanya.

Sementara itu, Audi tidak menafikan kesibukan kerja antara faktor perpisahan mereka.

“Iya, saya fikir mungkin kerana sibuk bekerja. Ketika pandemik COVID-19 bermula, saya sangat sibuk.

“Namun, biarpun perkahwinan ini tidak kekal, saya tetap anggap ia suatu rahmat kerana membantu saya dalam mendewasakan diri,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat