Najib, Tok Mat Pernah Rancang Jatuhkan Zahid : Tajuddin

- Advertisement -

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman mendedahkan terdapat usaha menjatuhkan presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Timbalan Presiden, Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib pada Mei 2020.

Menurut Tajuddin, Presiden UMNO itu sudah lama dianggap tidak layak memegang jawatan itu.

“Sebenarnya Zahid sudah lama dianggap tak layak. Mungkin dia boleh bertahan lima enam bulan,

“Kita adakan perjumpaan dan kesimpulannya lebih baik dia undurkan diri secara terhormat. Tok Mat duduk situ, Najib duduk situ, Khaled Nordin duduk situ.” katanya pada Sidang Media Khas Ahli Parlimen Pasir Salak sebentar tadi.

Jelas Tajuddin lagi, perjumpaan tertutup diadakan di rumahnya pada tempoh itu membabitkan pimpinan tertinggi UMNO.

Namun katanya, gerakan itu bagaimanapun gagal apabila Tok Mat membuat pusingan U selepas digertak oleh orang-orang Zahid.

Katanya, Mohamad kemudiannya tidak mengakui penglibatan dalam gerakan tersebut.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat