SD Sokong Anwar Sebagai PM, Saya ‘Saksi Hidup’ Kata Tajuddin

- Advertisement -

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman mendedahkan memang wujud Akaun Berkanun (SD) menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Menurutnya, beliau adalah saksi hidup dan diminta tandatangan SD tersebut.

“Saya saksi hidup…saya diminta tandatangan. Mula-mula tak nak tetapi dah masam muka, tandatangan juga,”

“Memang ada SD, JAJARAN BAHARU, Zahid tak mengaku, dia BERBOHONG saya saksi hidup. Di Hotel Tamu, Kampung Baru tempat itu berlaku.”

“SD yang diuar-uarkan itu memang wujud meskipun pemimpin Umno melaungkan “No DAP, No Anwar”. katanya pada Sidang Media Khas Ahli Parlimen Pasir Salak, di sini, sebentar tadi.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat