Fizo Omar tawar diri jadi sukarelawan PPV

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Fizo Omar menawarkan diri menjadi sukarelawan bagi membantu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Fizo berkata, membuka peluang kepada mana-mana PPV yang memerlukan khidmat sukarelawan agar menghubunginya.

“Mana-mana PPV yang nak ajak saya sebagai sukarelawan sepanjang PKP, boleh mesej secara peribadi (DM) di Instagram atau hubungi pengurus saya.

“Insya-Allah, sepanjang PKP ini, saya akan bantu apa yang patut supaya kita semua dapat vaksin secepat mungkin,” katanya.

Fizo menerusi hantaran di Instagram turut mengajak pengikutnya di platform media sosial itu supaya bersama-sama menghulurkan bantuan.

“Jom semua kita sama-sama bantu apa yang patut,” katanya.

Terdahulu Fizo berkongsi beberapa gambar ketika dia bersama beberapa rakan artis antaranya Nazim Othman, Amelia Henderson dan Puteri Aishah menjadi sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

“Kita memerlukan lebih ramai lagi sukarelawan terutamanya jururawat, pembantu perubatan, doktor untuk sama-sama turun membantu memudahkan urusan pemberian vaksin kepada orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, beberapa selebriti menjadi sukarelawan di PPV dan pusat kesihatan antaranya, pelakon, Aniq Suhair dan Isma Yusoof.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat