Asheed tampil berbeza

- Advertisement -

KEBIASAANNYA penyanyi, Asheed Def Gab C sinonim menyanyikan lagu rentak catchy seperti Merah dan Ibukota Cinta yang menjadi siulan peminat.

Bagaimanapun, Asheed, 48, atau nama sebenarnya Mohd Ashid Ahmad kini tampil berbeza menerusi single terbaharunya berjudul Milik Kita.

“Lagu berentak perlahan atau moderate memang jarang saya nyanyikan. Namun kelainan dibuat menerusi lagu ciptaan Rief SW & Wan Qiara dan lirik Talib Rockstage ini.

“Ini kerana lagu terbitan Rockstage Entertainment ini dihasilkan sebagai dedikasi khas untuk petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa demi negara. Lirik keseluruhannya berkisarkan pengorbanan petugas barisan hadapan. Namun, pengertiannya luas dan tak tertumpu pada satu agensi sahaja,” katanya.

Menurutnya, ketika ada segelintir pihak memperlekeh sumbangan petugas barisan hadapan, lagu ini menyuntik kesedaran kepada masyarakat agar menghargai mereka.

“Sesetengah pihak suka menzahirkan penghargaan menerusi buku, tapi kami pilih menyampaikannya menerusi lagu.

“Sudah tentu ia sedikit sebanyak akan merangsang semangat mereka terutama ketika pandemik Covid-19 ini. Mereka berjuang agar sama-sama menentang Covid dan kalau ia boleh hilang dari muka bumi, ia satu kejayaan buat kita semua,” katanya.

Menurutnya, proses rakaman suara dilakukan di studio Bakri Music Workshop manakala rakaman muzik di studio Stage War, Subang Jaya.

“Milik Kita sudah mula dihantar ke pelbagai stesen radio untuk dimainkan. Video muzik lagu ini sudah disiapkan dan kini disiarkan menerusi saluran YouTube Rockstage Entertainment.

“Sebelum ini sudah ada lagu konsep serupa tapi kami nak pergi lebih jauh. Jadi kena buat persediaan yang sempurna.

“Perancangan untuk lancarkan secara rasmi menerusi sidang media pun ada, tapi dalam keadaan sekarang, ia hanya boleh dibuat secara maya,” katanya.

Ditanya mengenai Def Gab C, Asheed mengakui kumpulan yang turut dianggotai Jemboo (gitar), Eddie (bass) dan Atong (dram) masih wujud.

“Kami belum berpecah sebaliknya membawa haluan masing-masing buat seketika sejak 2014 demi kelangsungan hidup. Eddie masuk XPDC, Jemboo pula bersama FTG dan Atong pula banyak buat kerja selenggara, pemasangan pengdingin hawa dan bermain di kelab.

“Dah lama saya nampak, band di Malaysia ini tak boleh bertahan lama. Itu sebabnya kami ambil tindakan awal,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak bergaduh dan tidak akan ada Def Gab C 2 atau Real Def Gab C.

“Apabila tiba suatu masa yang sesuai, kami akan buat ‘comeback’ jika ada rezeki. Tengoklah nanti bila ada projek istimewa,” katanya.

Kumpulan yang mengetengahkan lagu dan muzik berirama hard rock dengan sentuhan punk, emo, gothic dan pop rock ini pernah muncul dengan 10 album.

Antara album terbabit ialah Citarasa, Skala, Merah, Raw, Rewind 0106, Forward 0107 dan album terakhir Neolithic pada 2012.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat