Berhenti Kata Orang Melayu Malas, Kata Ronnie Liu Kepada Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu kesal dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengulangi taktik lapuk melaga-lagakan kaum Cina dan Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek berkata, kenyataan Dr Mahathir mendakwa kaum Cina merupakan golongan tersangat kaya dan ‘menguasai’ kawasan bandar boleh mewujudkan sentimen perkauman.

Menurutnya, tidak semua orang Melayu miskin, bahkan terdapat ramai rakyat Malaysia yang mengetahui kedudukan anak-anak Dr Mahathir yang merupakan jutawan di negara ini.

“Ini bukan kali pertama Dr Mahathir menganggap orang Cina terlalu kaya sehingga ia dianggap satu kesalahan. Dakwaan mengatakan orang Cina menguasai kawasan bandar pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.

“Siapa yang kamu cuba perbodohkan, Tun M? Adakah anda merasakan orang Melayu terlalu cetek pemikiran untuk menyokong kamu yang kerana kamu melaga-lagakan mereka dengan kaum lain?

“Anda sepatutnya dikecam di atas kenyataan rasis dibuat dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana cubaan mencetuskan api perkauman,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Ronnie turut mendedahkan tidak semua orang Cina di negara ini kaya dan bagi mereka yang kaya, kejayaan itu kerana hasil kerja keras selama bertahun-tahun.

“Buat pengetahuan anda (Dr Mahathir), sekarang banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) milik orang Cina terjejas teruk akibat pengurusan pandemik koronavirus (Covid-19) dan pentadbiran kerajaan anda yang lemah.

“Sejumlah 800,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan di negara ini sehingga kini termasuk juga kaum Cina.

“Jadi, Tun berhentilah dari mengatakan kaum Melayu malas sebab anda tahu itu tidak benar dan dakwaan mengatakan orang Cina di Malaysia tersangat kaya juga ‘tidak sihat’,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat