Pelan Antirasuah Nasional Diteruskan – GIACC

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Beberapa inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) berkemungkinan besar melewati tempoh disiapkan tahun depan kerana kesukaran melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan semasa serta pewujudan undang-undang baharu.

Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, terdapat kemajuan terkini pelaksanaan pelan itu sehingga hujung tahun lepas seperti yang dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 15 pada 19 Mei lalu.

Katanya, GIACC mula mengumpul data dan input berkaitan bagi pembangunan NACP pasca 2023 agar pembaharuan dalam aspek governans, integriti dan antirasuah dilaksanakan secara berterusan dan sesuai dengan perubahan semasa.

“Terdapat 37 inisiatif NACP selesai disiapkan pada tahun lalu manakala 74 inisiatif masih dalam tindakan Ketua Agensi Peneraju untuk disiapkan pada tahun ini dan 2023.

“Bagi 74 inisiatif yang masih dalam tindakan adalah melibatkan 30 inisiatif yang ditetapkan untuk selesai disiapkan sehingga Disember 2022 dan 44 inisiatif yang ditetapkan untuk selesai disiapkan sehingga Disember 2023,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan sentiasa memberi komitmen untuk menambah baik tadbir urus dan memantapkan nilai integriti dalam usaha memecah rantaian rasuah di negara ini.

Katanya, komitmen kerajaan ini dizahirkan melalui NACP 2019-2023 yang diperkenalkan pada tahun 2019.

“Malah, mesyuarat JKKMAR mengambil maklum akan gerak kerja dan kemajuan berkaitan pelaksanaan NACP 2019-2023 dalam memastikan penambahbaikan aspek governans, integriti dan antirasuah dapat dilaksanakan secara berterusan bagi mencapai hasrat negara yang bebas rasuah dan berintegriti.

“Pihak GIACC akan terus memantau pelaksanaan inisiatif NACP yang dilaksanakan 27 Ketua Agensi Peneraju dan akan melapor kemajuannya di mesyuarat JKKMAR,” katanya.

Tambah kenyataan itu, publisiti dan promosi bagi inisiatif NACP di bawah seliaan Ketua Agensi Peneraju perlu lebih giat dilaksanakan bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disalurkan kepada rakyat. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat