Isteri Dr Wan Junaidi Meninggal Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Datin Seri Hajah Feona Sim @ Norjanah, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meninggal dunia sebentar tadi.

Memetik laporan BH, Allahyarham meninggal dunia akibat pendarahan dalaman ketika dalam rawatan di Borneo Medical Centre, Kuching, pada jam 6 petang tadi.

Jenazah Allayarham akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, di Jalan Green Kuching malam ini dan akan disembahyangkan pada jam 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada jam 10 pagi.

Feona, 70, mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi pada 1972 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Embok Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir untuk solat jenazah esok.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat