Lepas tindakan Zuraida, Ku Li dakwa kerajaan tak stabil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa, peletakan jawatan oleh Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi semalam, membuatkan kedudukan kerajaan yang ada pada hari ini semakin tidak stabil.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tindakan Zuraida itu secara tidak langsung membuatkan kerajaan sudah jatuh kerana tidak mendapat sokongan daripada wakil rakyat dalam Dewan Rakyat.

“Pada pendapat saya, kalau Zuraida dan tiga lagi ahli dalam Dewan Rakyat tarik diri, kerajaan kita sudah tidak stabil, mungkin sudah jatuh, tidak ada sokongan daripada wakil-wakil rakyat dalam Dewan Rakyat.

“Mengikut Perlembagaan, (Perdana Menteri) kena diundi dalam Dewan Rakyat, tetapi dari segi moralnya, mana-mana kerajaan mesti mendapatkan sokongan dan merasakan mendapat keyakinan ahli-ahli dewan. Tetapi kalau sudah ramai keluar, ahli Kabinet sendiri berhenti, kerajaan yang ada lemah.

“Kalau dicabar untuk mengundi, saya rasa satu jalan keluar sahaja, Perdana Menteri mesti menghadap Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” katanya memetik BH di Gua Musang, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP) 2.

Mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan di Parlimen Julai ini, Tengku Razaleigh, berkata RUU terbabit tidak akan berjaya.

“Akta yang dibuat di Parlimen untuk menegah lompat parti tak akan berhasil kerana dalam Perlembagaan, hak seseorang memilih pandangan dan parti yang dikehendakinya tidak boleh diusik .

“Jika tiba-tiba parti kita terbubar, ke mana kita nak pergi apabila ada akta tidak boleh lompat parti, tidak ada logik dari segi perundangan.

“Dia (kerajaan) tak boleh buat halangan dan sekatan macam itu, kalau tiba-tiba berlaku ’emergency’, tetap akan berlaku lompat parti untuk tubuh kerajaan baharu atau (nak keadaan) huru-hara,” katanya.

Media semalam melaporkan, Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk sertai PBM.

Ahli Parlimen Ampang itu mendakwa, beliau memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat