Dua Tren LRT Terlibat Kemalangan Berjaya Dibawa Keluar – Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: kedua-dua Transit Aliran Ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan pada Isnin lepas telah berjaya dibawa keluar, kata Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Wee Ka Siong.

Menurutnya, kedua-dua tren tersebut telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga (3) hari yang dijanjikan setelah Team Recovery Rapid Rail yang berkerja tiga (3) shif tanpa henti.

“Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah menerima laporan daripada Team Recovery Rapid Rail pada jam 5.24 pagi tadi bahawa kedua-dua tren yang terlibat dalam kemalangan pada 24 Mei 2021 telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh 3 hari yang dijanjikan setelah bekerja 3 shif tanpa henti.

“TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi.

“Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC. Akan tetapi, Team Recovery terpaksa “Power Down” (menutup pembekalan kuasa) untuk seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang mana ianya melibatkan 5 buah stesen LRT sepanjang stretch akibat daripada “power down”. 5 buah stesen LRT yang terlibat ialah Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru & Dang Wangi,” kata Ka Siong di Facebooknya.

No photo description available.

Menurut Ka Siong lagi, sebaik saja kerja pembaikan stretch berkenaan selesai, maka pemeriksaan akan dibuat oleh pihak APAD untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut.

“Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, memandangkan kesan “power down” dan juga masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian, maka terdapat “bottleneck” kerana hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (7 buah stesen LRT) & masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui stretch berkenaan adalah 16 minit. Akan tetapi, kaedah “platoon” akan digunakan bagi 2 tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan bottleneck.

“Dimaklumkan juga 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi sepertimana yang saya umumkan semalam selepas melawat OCC. https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1909259949241500/?d=n

“Saya memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat,” ujar beliau.

Disamping jelasnya lagi, apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan bottleneck dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50% kapasiti seperti yang disyaratkan sepanjang PKP3.0 dengan SOP diperketatkan sehingga 7 Jun 2021 TANPA mengurangkan frekuensinya seperti kenyataan media beliau pada 22 Mei 2021. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat