Memulihara populasi, 52,000 benih spesies ikan air tawar dilepaskan di Sungai Perak

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

TELUK INTAN – Bagi menjamin kelestarian sumber dan populasi spesies ikan air tawar di perairan Sungai Perak, Jabatan Perikanan Perak telah melepaskan sebanyak 20,000 ekor benih ikan Baung, 30,000 ikan Lampam, 1,000 ikan Temoleh dan 1,000 ekor ikan Kerai Kunyit.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Hj. Bohari Leng telah menyempurnakannya, sempena program Pelepasan Benih Ikan di Perairan Umum dan Lawatan ke Projek Sangkar Ikan Air Tawar Sungai Perak di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, ikan Temoleh dan Kerai Kunyit merupakan spesies ikan air tawar yang bernilai tinggi dan hampir pupus.

“Selepas selesai sesi pelepasan benih ikan, Bohari turut dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Perak untuk melihat projek-projek akuakultur dan ternakan ikan air tawar di dalam sangkar, ”menurut kenyataan itu lagi.

Sungai Perak memang terkenal mempunyai pelbagai spesies ikan menyebabkan sungai ini bukan sahaja menjadi tumpuan nelayan darat malah pemancing mencari rezeki .

Turut hadir, Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A. Manap; Pegawai Daerah dan Tanah Hilir Perak, Saidi Hj. Shaari; Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Akuakultur DOF , Rosmawati Ghazali; Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak, Zaleha @ Nurlaila Abdul Yazid; Ketua-Ketua Cawangan Bahagian dan Cawangan Akuakultur; Ketua Daerah Perikanan (KDP) Hilir Perak dan Pengerusi myKomuniti Perikanan (myKP) Teluk Intan. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat