Tak dapat tunai minyak murah sebaiknya tangguh dulu penghapusan subsidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Janji-janji manis ingin menurunkan harga minyak, menurunkan kos sara hidup, melawan rasuah yang kini hanya menjadi mainan sindiran rakyat.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, usah disalahkan rakyat, mereka hanya menuntut janji-janji yang berulang kali dilontarkan.

“Namun sayang, saat berkuasa bukan perkara ini yang ditunaikan.

“Sebaliknya, rakyat disajikan dengan siri-siri penambahan cukai yang pelbagai, potongan subsidi terhadap makanan asas seperti tepung dan terbaru, timbul ura-ura subsidi minyak petrol RON 95 dan Diesel akan dihapuskan sepenuhnya,” dakwanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut ahli Parlimen Machang itu, penghapusan subsidi minyak dalam keadaan sistem PADU dilihat belum bersedia sepenuhnya amat membimbangkan.

“Ditambah pula dengan keadaan ringgit yang makin lemah, kita tidak pasti apakah gelombang inflasi yang bakal datang dapat ditahan oleh rakyat.

“Maka, Kerajaan Madani sewajarnya menangguhkan dahulu penghapusan subsidi minyak sementara mekanisme rasionalisasi subsidi belum dikenal pasti.

“Inilah sekecil-sekecil usaha yang boleh pemimpin Kerajaan Madani buat kerana kita yakin janji minyak murah yang pernah dilontarkan dahulu tidak lagi mampu terbuat,” cadang beliau.

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu menambah, tidak perlu lagi kita nafikan, dia pemimpin PH yang sejak dahulu begitu agresif menjadikan minyak murah sebagai kempen politik mereka.

“Contohnya Rafizi dalam kempen-kempen PRU13 telah mengemukakan formula bagaimana harga minyak boleh turun sehingga RM1.50 seliter. Disambung pula pada PRU-14, Rafizi terus menggunakan sentimen harga petrol dalam kempen pilihan raya untuk membeli hati pengundi. Rafizi datang dengan formula baharu bagaimana harga petrol dan diesel boleh turun sehingga RM1.80.

“Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, video-video lama beliau kini dimainkan kembali oleh rakyat di media sosial. Beliau nafikan bahawa ini adalah janji baru, kata Anwar janji minyak turun adalah janji lama beberapa tahun yang lepas.

“Walhal janji ini baru sahaja diulang pada tahun 2022 sewaktu Kongres Nasional Ke-16 PKR. Anwar boleh cuba mengelirukan anak muda, namun sejarah mencatatkan segalanya,” katanya.

Bagaimanapun, tegas Wan Ahmad Fayhsal usaha melaksanakan subsidi bersasar dan mengelakkan ketirisan adalah baik.

“Bukan itu yang kami lawan.

“Namun, bukankah usaha ini juga pernah dilaksanakan oleh PM-6 Datuk Seri Najib Razak? Rafizi Ramli dan Anwar sendiri antara yang menentang perkara ini.

“Kini, tutur kata dan tindakan Anwar dan Rafizi tidak ubah, bahkan lebih teruk daripada pemimpin Umno-BN yang mereka sendiri benci,” bidas beliau.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sebelum ini berkata kerajaan akan melancarkan subsidi bersasar untuk RON95 pada separuh kedua 2024.

Beliau berkata, subsidi bersasar untuk petrol dan diesel akan dilaksanakan menggunakan tiga mekanisme iaitu pendapatan boleh guna bersih individu iaitu pendapatan isi rumah boleh guna bersih melalui perlindungan sosial atau skim bantuan dan gabungan pendapatan isi rumah dan individu, yang akan dilaksanakan menggunakan kad subsidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat