SPR terima pemakluman kekosongan Dun Kuala Kubu Baharu, bincang tarikh penting 4 April

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Lau Weng San berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Menerusi kenyataan media oleh Setiausaha SPR, Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak pada Selasa memaklumkan bahawa selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi DUN N.06 Kuala Kubu perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut berlaku dan disahkan oleh SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April 2024 (Khamis),” katanya.

Ujarnya, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh di mana tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan dan diputuskan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,” katanya lagi.

Kekosongan kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya mendiang Lee Kee Hiong akibat kanser pada 21 Mac lalu .

Kee Hiong, 58, telah berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 dan ini adalah penggal ketiganya selepas mengekalkan kerusi itu pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos tahun lalu, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. – Suara,TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat