Penjara dan sebatan ke atas lelaki Timor Leste merogol remaja bawah umur yang dikenali menerusi aplikasi TikTok

KOTA KINABALU, – Seorang lelaki warga Timor Leste dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang dikenalinya melalui aplikasi TikTok.

Hakim Monica Linsua menjatuhkan hukuman itu terhadap Rafinus Bata Tukan, 30, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkap iaitu 19 Disember tahun lalu.

Tertuduh turut diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, pada 7 Disember 2025 seorang lelaki membuat laporan polis berhubung kehilangan anak perempuannya yang berusia 15 tahun sembilan bulan ketika kejadian.

Remaja itu dipercayai keluar dari rumah sehari sebelumnya selepas berkenalan dengan tertuduh kira-kira sebulan menerusi aplikasi TikTok sebelum mengikuti lelaki berkenaan ke sebuah bilik sewa di Inanam.

Mangsa kemudian memaklumkan kepada bapanya bahawa dia telah dirogol kira-kira jam 7 malam pada 7 Disember sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, 19 Disember tahun lalu, dan tertuduh akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai menjalani hukuman.

Kes ini sekali lagi menjadi peringatan kepada ibu bapa agar memantau penggunaan media sosial dalam kalangan remaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat