Senyap tapi tak menyepi

- Advertisement -

NAMA pelakon, Diana Johor sebelum ini pernah mengisi kaca TV dan layar perak tanah air menerusi beberapa karya antaranya drama Sembilu Kasih, Gerak Khas serta filem Sembilu 2005 dan Love, Supermoon.

Namun, namanya kini seakan-akan tenggelam. Bagaimanapun, itu tidak bermakna kariernya sebagai pelakon menyepi kerana dia aktif di belakang tabir.

Berkesempatan bertemu pemilik syarikat produksi Pantera Motion Pictures Sdn Bhd ini baru-baru ini, Diana berkongsi rancangannya untuk kembali aktif sebagai pelakon.

“Kalau bercakap mengenai kerjaya saya dalam industri hiburan, ia tidak pernah berhenti kerana syarikat penerbitan saya aktif menerbitkan pelbagai karya.

“Namun untuk lakonan, saya berehat agak lama selepas berumah tangga. Sekarang, di samping bekerja di belakang tabir, saya juga nak mula kembali aktif sebagai pelakon,” katanya.

Sebagai strategi, Diana kini cuba mengaktifkan dirinya di beberapa platform media sosial bagi memastikan dia peka dengan perkembangan semasa.

“Di media sosial, saya bukan orang yang begitu aktif sebelum ini. Tapi, ada juga interaksi dengan peminat di sini. Jadi, untuk memastikan saya dapat bergerak seiring dengan peredaran waktu, saya kena aktif di situ. Media sosial juga boleh menjadi platform dan strategi terbaik untuk kekal relevan sebagai anak seni,” katanya.

Terbaharu, Diana juga aktif sebagai ahli perniagaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan wanita.

“Saya baru saja melancarkan salun estatik untuk kecantikan bersama beberapa rakan kongsi. Ia akan memberi tumpuan kepada perawatan kecantikan serta rambut. Selain itu, saya juga keluarkan produk berkonsepkan jamu untuk kesihatan wanita,” katanya.

Ditanya mengenai kehidupan peribadi, Diana memilih untuk tidak terlalu mendedahkan keluarganya untuk mengelakkan mereka terpalit dengan sebarang populariti.

“Sebagai artis, saya tahu populariti itu bukan saja akan untuk diri saya, bahkan juga akan membabitkan keluarga. Jadi, saya memilih untuk tidak terlalu mendedahkan mengenai mereka. Biar saya dikenali dan maju kerana bakat yang saya ada dan hasil kerja saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat