Pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam disasar tahun ini – Ramanan

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam dijangka bermula selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini selepas semua aspek perancangan dan penyelarasan bersama inisiatif sedia ada dimuktamadkan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, inisiatif berkenaan memerlukan penelitian menyeluruh bagi memastikan ia tidak bercanggah atau bertindih dengan dasar serta program perlindungan sosial yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Kita merancang untuk melaksanakannya pada suku kedua atau selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas program iLINDUNGi Sahabat! Perkeso Media Luncheon 2026 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, kementerian bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang meneliti semua mekanisme pelaksanaan sebelum inisiatif itu diperkenalkan secara rasmi.

“Sudah tentu ada perkara yang perlu kita pastikan selari dengan program-program sedia ada. Buat masa ini, ia masih dalam perancangan,” jelasnya.

Sebelum ini, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 yang merangkumi pengenalan Skim Lindung 24 Jam telah diluluskan Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025.

RUU berkenaan seterusnya mendapat perkenan Dewan Negara pada 18 Disember 2025 dan kini berada dalam fasa pemantauan sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat