Tidak diketahui sama ada orang yang divaksin boleh menyebarkan COVID-19

- Advertisement -

BRUSSELS: Pengawalselia Perubatan Kesatuan Eropah (EU) mengakui hingga kini belum dapat dipastikan sama ada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19 masih boleh menyebarkan virus itu atau tidak.

Pengarah Eksekutif Agensi Perubatan Eropah (EMA), Emer Cooke memberitahu mengenai perkara itu kepada MEPs, semalam.

Pada masa sama, terdapat juga kebimbangan mengenai sama ada vaksin yang dibangunkan tahun lalu itu berkesan menentang mutasi baharu COVID-19 yang kini sedang merebak di seluruh dunia.

Namun, petunjuk awal menunjukkan vaksin yang sehingga kini digunakan di EU oleh BioNTech-Pfizer dan Modern, akan terus berkesan menentang sekurang-kurangnya varian dari United Kingdom (UK).

Mengenai kemungkinan imuniti pasca vaksin, beliau berkata, data percubaan klinikal tidak menumpukan aspek penyebaran, namun perkara itu akan diminta untuk dilakukan oleh pihak syarikat.

Komen itu yang diperoleh melalui pautan video ke Parlimen Eropah, muncul selepas negara anggota memulakan semula langkah menyekat perjalanan untuk mengekang penyebaran varian sambil berharap vaksin dapat memberikan solusi.

Cooke juga menekankan aspek kelewatan penghantaran dos vaksin dari BioNTech-Pfizer dan AstraZeneca ke EU, yang bersedia mendapat pelepasan hujung minggu ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan mengenai punca kelewatan itu yang padanya tertakluk kepada Suruhanjaya Eropah (EC) yang menandatangani kontrak pembelian dengan firma berkenaan.

Tegasnya, EMA boleh bekerjasama untuk menangani isu pengilangan yang melambatkan bekalan.

Beliau juga tidak bersetuju terhadap dakwaan bahawa suntikan vaksin kurang efektif terhadap individu berusia 75 tahun ke atas.

Terdapat laporan yang menyifatkan EMA hanya boleh meluluskan suntikan AstraZeneca untuk mereka berusia 55 tahun ke bawah.

“Saya tidak akan membuat sebarang keputusan kerana perbincangan pakar dan saintifik sedang berlangsung.

“Tapi ada kemungkinan untuk menyimpulkan pengesahan akan memfokuskan kepada kumpulan usia tertentu atau golongan usia yang lebih luas,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat