689 sekolah daif sudah siap dibaiki – KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah dan tindakan segera bagi memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara langkah awal diambil termasuk peluasan skop projek kepada semua bangunan dan fasiliti serta penggunaan skor gred impak (skala 1 hingga 7) bagi menentukan senarai keutamaan pelaksanaan projek penggantian bangunan atau fasiliti yang berada pada Skala 7 dan Skala 6.

Menurut KPM pelaksanaan itu dibuat susulan mengambil perhatian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berkenaan prestasi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi tahun 2022.

“Projek Pembinaan Sekolah Daif merupakan salah satu inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bagi menambah baik serta memantapkan proses pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah, seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, pada 2023, STAR yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah ditubuhkan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan produktiviti sektor awam.

KPM memaklumkan pihaknya juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras isu pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status semasa projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani.

“Langkah proaktif kerajaan telah menunjukkan hasil yang positif di mana setakat November 2023, sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, manakala 120 projek dalam pembinaan dan baki 187 projek lagi berada dalam pelbagai peringkat prabina,” katanya.

Menurut KPM, kementerian itu komited untuk terus memperkasakan pengurusan dan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif demi manfaat seluruh masyarakat, terutamanya warga sekolah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat