Diana Danielle nak jumpa pakar psikatri

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Diana Danielle, 30, memutuskan untuk berjumpa pakar psikiatri dalam masa terdekat ini bagi mengenal pasti sama ada dia menghidap penyakit Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD).

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, dia mengalami kecelaruan fungsi kognitif dan tujuan utamanya mengenal pasti hal itu adalah demi anak-anak.

“Saya akan menjalani penilaian (psikiatrik) pada 29 November ini. Susah saya nak terangkan keadaan yang saya alami. Ia membabitkan fungsi kognitif seperti kehilangan memori contohnya hilang barangan.

“ADHD ini membuatkan fokus saya lari dan tidak tentu. Saya ingin lakukan banyak perkara membuatkan saya kasihan kepada anak-anak. Sebagai ibu, saya mahu jadi seorang yang boleh diharap.

“Saya mahu anak-anak saya boleh bergantung harap kepada saya. Kekuatan itu saya dapat daripada anak-anak saya. Saya mahu jadi lebih fokus kepada apa yang mereka buat dan berada di samping mereka dengan mental kuat,” katanya.

Diana yang juga penyanyi mendedahkan dia sebenarnya sudah menyedari perkara itu sejak remaja.

Malah, ramai rakan terdekatnya turut berkongsi perkara sama.

“Saya suka membaca jurnal dan terdedah kepada fakta yang boleh guna dan kaitkan dengan diri sendiri. Saya syak perkara itu sejak remaja tapi ambil masa yang lama sebab nak jujur dengan diri sendiri.

“Macam kawan-kawan selebriti saya yang lain pun cakap perkara sama. Kadang-kadang mereka sudah lama tahu simptom itu, tapi untuk mereka ke depan berjumpa orang, kadang-kadang mereka tak tahu saluran yang betul, boleh percaya siapa, risaukan kos dan tak mahu bergantung kepada ubat.

“Sebenarnya perkara ini kena ada kesedaran sendiri. Saya tahu ramai orang takut nak jujur dengan diri-sendiri. ADHD ini bukannya susah nak kenal. Ramai yang ada tetapi mereka tak tahu,” katanya.

Diana bagaimanapun tidak risau sekiranya benar dia disahkan menghidap ADHD, sebaliknya dia lega sekiranya mendapat tahu kebenaran.

“ADHD ini senang sebab ia bukan tak boleh diubati. Ada satu ubat yang boleh kuatkan fokus kita dan ia bukan kecelaruan susah atau besar bagi saya.

“Saya tidak terlalu risau mengenainya. Apabila kita sudah tahu, kita boleh kawal jangkaan kita dan tidak susahkan diri. Kalau kita tak tahu, kita akan salahkan diri sendiri,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat