Cinta Penelope dapat hidayah selepas bertemu Ustaz Abdul Somad

- Advertisement -

Jakarta: Kisah penghijrahan bekas penyanyi dangdut Cinta Penelope memang menarik untuk disingkap.

Cinta pernah dikenali sebagai artis yang kerap berpakaian seksi, namun memutuskan untuk berhijrah dan akhirnya berpakaian sempurna.

Dia turut memiliki banyak tatu di beberapa bahagian tubuhnya yang mencolok mata.

Menurut Cinta, penghijrahannya bermula sejak bertemu dengan pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad (UAS) yang ketika itu sedang membahaskan lagu Keong Racun.

“Sejak mendengar ceramah UAS, saya ingin kenakan hijab dan menutup seluruh tubuh. Saya ingin berhijrah kerana takut mati.

“Sebaik sampai di kota Padang, saya berjumpa pengurus dan berbincang sekiranya saya mahu berhijab dan menutup bahagian yang sepatutnya.

“Awalnya mereka panik kerana banyak kontrak sebagainya. Namun, saya mengatakan bahawa saya merasa takut mati,” katanya.

Cinta berkata, dia juga belum mempunyai bekalan di sana dan ini menimbulkan perasaan simpati pengurusnya.

“Saya akhirnya berbual dengan penerbit. Saya amat malu kerana pakaian saya semuanya seksi dan sama sekali tidak memiliki pakaian yang berlengan panjang.

“Keputusan yang dibuat saya bukan mudah kerana sering menerima sindiran daripada orang terdekat. Namun, saya berusaha buktikan niat saya adalah ikhlas dan bukan separuh jalan,” katanya yang kerap berpakaian seksi ketika beraksi di atas pentas.

Penyanyi yang pernah bergabung dalam Republik Cinta Management milik Ahmad Dhani itu memutuskan untuk menutup auratnya sejak 1 Januari 2018.

Dia yang juga pelakon filem Tiga Pilihan Hidup itu mengaku sudah membuang sebanyak 21 tatu di tubuhnya sejak 2015.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat