Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli di peringkat akar umbi.

Memetik laporan Malaysia Gazette, katanya, ‘kepelbagaian’ pendapat yang diutarakan oleh pemimpin UMNO boleh memberi gambaran seolah-olah parti itu tidak mempunya hala tuju.

Zahid memberitahu, beliau sendiri tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai Presiden untuk membuat apa juga keputusan, sebaliknya semuanya dibuat dan diputuskan secara berjemaah dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dalam parti.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu, setelah berbincang dengan semua kepimpinan parti, ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju tetapi akhirnya mereka membuat keputusan agar ‘setuju untuk bersetuju’ dan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’

“Kenyataan yang dibuat oleh Presiden dan Setiausaha Agung adalah kenyataan rasmi tetapi ada di kalangan kepimpinan yang menggunakan kenyataan peribadinya seolah-olah ia pendapat parti.

“Yang terbaiknya saya hendaklah menutup ‘mulut tempayan’ ini…keputusan peribadi jangan dijadikan pendapat parti…saya nasihatkan mereka agar jangan mengelirukan rakan-rakan di akar umbi,” katanya.

Meskipun menegur namun beliau tidak menamakan pemimpin UMNO yang ‘bermulut tempayan’ itu.

Zahid berkata, dalam isu kerja sama dengan parti lain sebagai contoh, UMNO secara jelas membuat pendirian yang ahli-ahli parlimennya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, tegasnya, UMNO tidak pernah menyertai mana-mana gagasan PN sebagai ‘parti gabungan’.

Pada masa yang sama, katanya, UMNO juga mempunyai wadah politik yang dipanggil sebagai Muafakat Nasional (MN).

“Antara yang diputuskan adalah UMNO dan PAS tidak akan berlaga sama sendiri dalam kerusi yang dipertandingkan jika ada pilihan raya, kita juga akan guna lambang masing-masing dan ‘chemistry’ mesti diwujudkan di kalangan jentera parti.

“Justeru tidak boleh dibenarkan ada perkara yang boleh memusnahkan penyatuan ini, baik dari luar mahu pun dari dalam parti,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat