Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan dalam pengundian Belanjawan 2021.Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Tegasnya, hal ini bagi membuktikan BN mempunyai suara terkuat dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam nada sarkastik, Puad berkata, sekiranya pendekatan itu seiring dengan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) maka kuatlah suara BN dalam kerajaan.

“Bukan pula suara orang lain yang kuat dalam BN. Semoga esok, “win-win” untuk semua.

“Malam tadi Jemaah Menteri dari BN telah mengeluarkan kenyataan media. Mereka mahu pilihan raya umum (PRU) disegerakan.

“Itu petanda kerajaan hari ini tidak stabil maka ia perlu dimuktamadkan dengan majoriti kukuh,” catat Puad di Facebook.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat