Media guna nama Iran Military sinis sambutan Malaysia kepada Trump

KUALA LUMPUR – Akaun media bebas yang dikaitkan dengan tentera Iran hari ini memuat naik video ketibaan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kapsyen sinis yang menimbulkan reaksi pelbagai.

Video berdurasi kira-kira 30 saat itu menunjukkan Trump disambut dengan karpet merah dan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum Malaysia di hadapan pesawat rasmi Air Force One.

Namun, akaun berkenaan menggunakan nama Iran Military menulis kapsyen berbunyi:

“The Muslim government (!) of #Malaysia welcomes Trump, the main supporter of Israel with dance and music!!!”

Nada sindiran itu jelas menyasarkan Malaysia sebagai sebuah kerajaan Islam yang dikatakan menyambut mesra seorang tokoh yang selama ini dikaitkan dengan dasar pro-Israel dan konflik Palestin.

Video berkenaan kini meraih ribuan tanda suka, komen dan perkongsian, terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial dari Timur Tengah yang melihatnya sebagai tanda paradoks antara imej Islam Malaysia dan hubungan diplomatik antarabangsa.

Sumber diplomatik tempatan bagaimanapun menjelaskan bahawa sambutan tersebut merupakan protokol rasmi kerajaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang turut dihadiri beberapa pemimpin dunia lain.

Menurut mereka, semua ketua delegasi termasuk Trump diberikan sambutan rasmi setara tanpa mengira ideologi atau sejarah politik masing-masing.

Pemerhati antarabangsa berpendapat, sindiran akaun tentera Iran itu mencerminkan sensitiviti politik dunia Islam terhadap imej diplomasi Barat, namun Malaysia tetap mengekalkan pendirian pragmatik dalam hubungan luar berasaskan prinsip “bersahabat dengan semua, bermusuh dengan tiada”.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat