Nasib Ahli Parlimen Bersatu sokong PM diketahui malam ini – Wan Saiful

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini dijangka akan memutuskan nasib dan status Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid susulan tindakannya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor MalaysiaGazette.

Ahli MPT Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Janm mesyuarat tersebut akan menghasilkan keputusan berdasarkan reaksi pengumuman Iskandar.

“Saya jangka akan ada keputusan malam ini, ada beberapa pandangan yang sudah disuarakan MPT tapi malam ini akan dimuktamadkan.

“Malam ini kita akan bincang situasi yang berlaku dan apa keputusan kita terhadap pengumuman dia. Elok kita tunggu keputusan malam ini,” katanya.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu berkata nasib Iskandar Dzulkarnain akan ditentukan dalam mesyuarat MPT Bersatu ekoran kenyataannya yang disifatkan melanggar peraturan dan disiplin parti.

Dalam laporan sama, Wan Saiful menambah, Iskandar Dzulkarnain ada berhubung dengan beberapa ahli MPT mengenai apa yang berlaku ke atas dirinya sebelum ini.

“Saya tidak pasti ada hubungi Muhyiddin atau tidak tapi sebelum semua ini berlaku ada beberapa perbincangan mengenai tekanan yang beliau hadapi.

“Sebelum dia buat pengumuman kita sudah tahu mengenai tekanan yang dihadapi beliau,” katanya.

Iskandar Dzulkarnain pada pertengahan Oktober mengumumkan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat