Presiden PAS, MIC adakan pertemuan dengan Muhyiddin

- Advertisement -

Putrajaya – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Kedua mereka kelihatan memasuki perkarangan Perdana Putra dan dipercayai akan bertemu dengan Muhyiddin pada jam 9.30 pagi sebelum Mesyuarat Kabinet pagi ini

Terdahulu Muhyiddin tiba di Perdana Putra jam 9.20 pagi tadi dan dijadualkan akan mempengerusi mesyuarat Jemaah Menteri, pagi ini.

Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu masih tidak diketahui oleh sebahagian besar menteri namun sumber berkata ia akan membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.

Jemputan mesyuarat dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri tengah hari semalam, iaitu sebelum mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bermula.

Muhyiddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu.

Katanya, keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat