Dr Noor Hisham Dinamakan Antara “Trio Wira COVID

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

Menteri Kewangan Kecewa Penarafan Malaysia Diturunkan

KUALA LUMPUR - Semakan semula penarafan ke atas Malaysia oleh Fitch Ratings adalah disebabkan impak negatif daripada pandemik COVID-19 ke atas kedudukan fiskal negara...

SINGAPURA – Pada pertengahan April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai “antara doktor terbaik dunia” oleh sebuah stesen televisyen China yang kagum dengan strategi beliau dalam menangani COVID-19 di Malaysia.

Enam bulan berlalu dan dengan Malaysia sedang mengharungi gelombang ketiga pandemik itu, reputasi beliau tetap gah.

Kali ini nama beliau dinyatakan dalam tajuk berita portal The Independent, Singapura yang dibaca:“Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci – Covid’s heroic trio “ (Dr Noor Hisham, Bloomfield dan Fauci – Trio Wira COVID).

Wacana itu ditulis oleh Tan Bah Bah, editor perunding portal berita tersebut dan juga merupakan bekas penulis kanan The Straits Times.

Dalam kolumnya ‘Sense And Nonsense’, Tan memulakan dengan: “Tidak dapat dinafikan, hero asal pandemik COVID-19 ialah mendiang Dr Li Wenliang, pakar oftalmologi yang merupakan orang pertama memberi amaran kepada pihak berkuasa kesihatan di Wuhan tentang virus itu Disember lepas.

“Tatkala Beijing berjaya mengawal situasi di wilayah Hubei dan lain-lain kawasan di China, negara-negara lain yang bergelut menentang virus itu turut melahirkan wira masing-masing.

“Seorang daripada mereka memainkan peranan penting di sebuah negara yang akan menghadapi pilihan raya pada 3 Nov ini yang keputusannya bakal membawa kesan di seluruh dunia,” tulis Tan, merujuk kepada Dr Anthony Stephen Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat.

Seorang lagi ialah Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield.

Tan seterusnya berkata tiga pakar kesihatan awam negara itu kini menjadi perhatian antarabangsa, selain Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu, Tan menulis: “Hampir setiap petang sejak beberapa bulan lepas, rakyat Malaysia setia menonton siaran langsung taklimat COVID-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham.

“Beliau tenang memperincikan perkembangan terkini, dan secara bersahaja saling beralih di antara bahasa Inggeris dan Melayu. Beliau merupakan jurucakap negara tentang usaha Malaysia membendung penularan virus itu.”

Tan juga berkata usaha Dr Noor Hisham “tidak berhenti setakat itu. Beliau juga membuat hantaran Twitter dari hati.”

“Kita perlukan perpaduan untuk menentang pandemik ini, bukan saling bertelagah. Barisan hadapan kita berjuang di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24/7. Keletihan mental dan fizikal kini dirasai. Sesetengahnya sudah bersedia untuk mengalah. Belajarlah dari Sabah,” demikian hantaran Twitter Dr Noor Hisham yang dipetik oleh Tan.

“Malaysia mengalami peningkatan mendadak sekarang disebabkan, antaranya pilihan raya Sabah,” kata Tan dalam artikelnya itu.

Tan juga berkata di New Zealand, individu yang setara dengan Dr Noor Hisham ialah Dr Bloomfield yang memenangi hati dan minda rakyat negara tersebut dengan kepimpinannya yang tenang sepanjang pelaksanaan sekatan.

Editor perunding itu turut menyifatkan Dr Fauci sebagai “tidak mudah gelabah”.

Artikel penuh boleh diakses menerusi https://theindependent.sg/drs-noor-hisham-bloomfield-and-fauci-covids-heroic-trio/.

The Independent yang bermula pada 9 Ogos 2013 merupakan platform berita yang dimiliki dan dioperasikan oleh wartawan, dan portal ini melaporkan isu-isu semasa, ekonomi dan politik di Singapura secara mendalam dan bebas.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

PAS tak sertai Kerajaan baharu Perak -SU Agung

CYBERJAYA: Parti Islam Semalaysia (PAS) telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Menurut Setiausaha Agungnya, Dato' Takiyuddin Hassan, keputusan...

25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu

KUALA LUMPUR – Semua ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan kesepakatan menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu...