Zahid jamin ideologi Komunis tak meresap dalam parti dan kepimpinan Umno-BN

- Advertisement -

KLUANG – Ideologi Komunis tidak akan masuk dan mempengaruhi kepimpinan dan parti Umno-Barisan Nasional (BN), itu jaminan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, delegasi BN ke China hanya sekadar pertukaran lawatan dan tidak pula diindoktrin dengan ideologi Komunis seperti didakwa pembangkang.

“Delegasi BN ini berada di China atas jemputan, begitu juga kita dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kita jemput semua parti politik sahabat dari seluruh dunia untuk datang.

“Kita tahu bahawa mereka di sana (China) tidak pun diindoktrin dengan ideologi (komunis) tetapi cuma pertukaran lawatan biasa yang dibuat untuk memberikan pendedahan kepada apakah kemajuan-kemajuan yang dapat dan telah dibuat oleh parti di negara berkenaan untuk dibawa sebagai satu pengalaman dan pendedahan kepada tokoh-tokoh ini.

“Insya-Allah kita tetap berpegang pada semangat Islam dan nasionalisme sebagai sebuah negara yang merdeka dan sebagai parti yang berasaskan kepada rumpun Melayu di mana, kita juga mempunyai ahli-ahli di Sabah bahawa perlembagaan parti kita pertahankan,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tautan Kasih bersama masyarakat Orang Asli Jakoa di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh pada Khamis.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu malah menuntut dakwaan mengaitkan Umno-BN dengan ideologi Komunis itu dihentikan.

“Jangan ada tuduhan yang mengatakan bahawa akan ada pengaruh yang akan masuk dalam kepimpinan parti kita.

“… dan saya beri jaminan ianya tidak akan berlaku,” tegas Presiden Umno itu lagi.

Semalam, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) membuat laporan polis terhadap Speaker DUN Johor, Datuk Puad Zarkashi yang membawa pemimpin parti ke China untuk lawatan sambil belajar.

Pengerusi PN Johor Sahruddin Jamal berkata, gabungan itu bimbang fahaman komunisme akan menular dalam kalangan ahli Umno dan juga DUN Johor, yang dipengerusikan Puad sebagai speaker.

Laporan tersebut dibuat susulan hantaran Puad di Facebook baru-baru ini yang memperincikan lawatannya ke Sekolah Jawatankuasa Parti Perbandaran Parti Komunis China (PKC) Beijing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat