Peluang menang Wafer Emas, iPhone menerusi simpanan di CBP

- Advertisement -

CYBERJAYA – Orang ramai berpeluang untuk memenangi Wafer Emas seberat 10 gram setiap satu apabila melakukan simpanan di Akaun Simpanan-i Salam di Co-opbank Pertama (CBP) menerusi promosi terbaharu yang dijalankan.

Ketua Pegawai Perniagaan CBP, Encik Mohd Rafis Makhtar berkata, promosi yang dilakukan ini adalah lanjutan daripada Kempen Hello CBP yang sedang berlangsung bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 ini.

“Menerusi promosi terbaharu ini, CBP menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000 di mana di antara hadiah yang ditawarkan adalah Wafer Emas 10 gram, telefon bimbit iPhone 13 Pro Max, Samsung Galaxy S23+, Samsung Galaxy Watch 5 Pro dan juga wang tunai.

“Promosi ini boleh disertai oleh pelanggan-pelanggan individu dan bukan individu baharu dan sedia ada dengan mengekalkan baki minimum RM500 untuk individu dan RM1,000 untuk bukan individu bagi bulan semasa,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau lagi, promosi ini sah dan telah bermula dari 15 September 2023 dan akan berakhir pada 31 Disember 2023 di semua cawangan CBP di seluruh negara.

Menurut Mohd Rafis, promosi ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menyimpan dan menabung di CBP.

Ujarnya lagi, CBP turut akan mengadakan ”Salam dan Mystar Day” pada 27 September 2023, 4 Oktober 2023, 15 November 2023 dan 14 Disember 2023 di sepanjang tempoh promosi ini berjalan.

Orang ramai juga berpeluang untuk memenangi RM50 dengan jumlah deposit minimum RM500 (individu) dan RM1,000 (bukan individu) dengan menjadi 10 pelanggan terawal di cawangan CBP pada tarikh tersebut.

“Saya menyeru orang ramai untuk terus menyokong dengan mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan di CBP yang menawarkan kadar yang kompetitif untuk setiap produk yang ditawarkan kepada orang ramai,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat