KUALA LUMPUR – Dua figura politik yang dilihat sesuai menjadi Perdana Menteri masa depan pilihan Khairy Jamaluddin Abu bakar ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Nurul Izzah Anwar.
Dalam petikan video tiberpodcast x Keluar Sekejap, Khairy berpandangan beliau berhasrat melihat Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti.
Khairy ditanya siapakah “dream Prime Minister” di kalangan ahli politik sekarang dan daripada sesiapa sahaja?
“Ahli politik yang berkhidmat, mungkin saya bias (berat sebelah) dalam hal ini tapi saya selalu berpendapat bahawa saya teringin nak lihat Hishammuddin menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.
“Kalau bukan ahli politik, saya teringin nak lihat ahli politik wanita, saya rasa kalau ada sedikit lagi pengalaman dan bergantung apa nasib beliau pada pilihan raya akan datang, Izzah, she likeable,” jawab Khairy.