Umno sanggup “tikam” PM untuk lepaskan Presiden? – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno sanggup “tikam” Perdana Menteri dari Umno sendiri secara terang-terang demi untuk melepaskan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada proses keadilan.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu fokus kepada hal rakyat, Umno sibuk hal politik.

Malah dakwanya, Umno sibuk desak Perdana Menteri campur tangan kes mahkamah ahli politik Umno.

“Janganlah bawa hal rumah tangga dalam pentadbiran kerajaan.

“Bila Perdana Menteri mahu fokus kepada hal rakyat, Umno sibuk hal politik. Sibuk desak Perdana Menteri campur tangan kes mahkamah ahli politik Umno.

“Sibuk desak Perdana Menteri buat Pilihan Raya Umum cepat sejak berbulan – bulan lagi,” bidas Syed Saddiq dalam kenyataan pada Jumaat.

Ahli Parlimen Muar itu malah berkata, parti yang melaungkan kestabilan ini sendirilah yang buatkan negara ini tidak stabil.

“Muhasabahlah diri, rakyat penat dengan permainan politik Umno ini.

“Dah jadi kerajaan tu, fokus isu rakyat bukan hal rumah tangga.

“Yang pelik bin bin ajaibnya, nak buat pilihan raya cepat sebab nak dapatkan kestabilan. Sanggup bersubahat dengan katak politik untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebab gila kuasa,” katanya.

Syed Saddiq menambah, sekarang Umno pun dah berada dalam kerajaan, sampai dah dua Perdana Menteri.

“Perdana Menteri sekarang pun UMNO.

“Majoriti dalam Kabinet pun Menteri– Menteri UMNO.Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perangai sebenar Umno,” tempelak beliau.

Hari ini kecoh apabila ada laporan yang mendakwa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno diberi kata dua supaya segera mengadakan pilihan raya umum atau dipecat daripada parti.

Malah katanya dalam mesyuarat Biro Politik malam Rabu lalu, ada pimpinan Umno yang meninggikan suara terhadap Perdana Menteri kerana kurang senang dengan keputusan mahkamah Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International.

Segelintir pimpinan Umno menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ismail Sabri kerana tidak campur tangan dalam kes Najib.

Susulan ‘ketegangan’ itu mereka mendesak Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembubaran Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum atau berdepan tindakan parti termasuk dipecat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat