“Pengawal peribadi tetap setia meski Najib kini dipenjara”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mungkin kisah mahkamah dan pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak digambarkan sebagai episod hitam buat sejarah negara apabila bekas Perdana Menteri terpalit skandal rasuah berprofil tinggi sehingga dipenjara.

Namun, hari ini kita dapat melihat sisi berbeza episod hitam berkenaan iaitu semangat setiakawan dan juga kawan susah dan senang.

Di Mahmakah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini ‘tertangkap’ sosok yang tetap setia menanti bekas majikannya yang kini dipenjara.

Sekeping foto penuh emosi mempamerkan seorang bekas Pegawai Keselamatan Peribadi atau bodyguard Najib iaitu Sub-Inspektor (SI) Alias Yahya berdiri tegak di laluan pejalan kaki Mahkamah Tinggi menyaksikan bekas majikannya yang dibawa keluar kenderaan polis menuju ke penjara setelah selesai prosiding perbicaraan kes 1MDB.

Alias kelihatan berdiri dengan mengenakan kemeja putih.

Foto itu menunjukkan bahawa Alias tetap setia menanti bekas majikannya yang kini dipenjara.

 

Sementara itu, dua anak cahaya mata Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Nooryana Najwa dan adiknya Ashman mencoret di Facebook bapa mereka tentang persahabatan bapa mereka dan Alias.

“32 tahun bersama kami sekeluarga. Uncle Alias Yahya, bekas pegawai keselamatan peribadi Daddy.

“Dia la sahabat. Dia ikhlas, setia di sisi,” catat Yana dan Ashman.

Sebelum ini pada 8 Oktober 2018, Najib pernah berkongsi cerita, katanya SI Alias sudah lama berkhidmat menjaga keselamatan mereka sekeluarga.

“Anak-anak saya dari kecil sampai dewasa, dah macam keluarga sendiri.

“Terima kasih Alias, kami sekeluarga tak akan lupakan jasa dan pengorbanan, dan kami doakan semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Enjoy your retirement,” kata Najib ketika mengucapkan selamat bersara kepada Alias yang telah bersara selepas 28 tahun berkhidmat dengannya.

Warga maya juga memuji Alias, ada yang berkata setia dan semangat setiakawan tak boleh dibeli dengan harta dan wang ringgit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat